Monday, 23 March 2020

Image result for LOGO POLIMAS

MPU23052-SAINS TEKNOLOGI DAN KEJURUTERAAN DALAM ISLAM

TAJUK-BAYI TABUNG UJI

TARIKH-23 MAC 2020

NAMA AHLI KUMPULAN:

MUHAMAD NABIL WAJDI BIIN MUHAMAD NASHITD(03DSB19F1028)
AHMAD NAJMI AMSYAR BIN AHMAD SYAFRI(03DSB19F1022)
WAN AFIZAN AMIRUL WAN RAZANI(03DSB19F1001)
MUHAMAD DANIEL BIN ROMAINOR(03DSB19F1034)




PENGENALAN TERHADAP SISTEM PEMBIAKAN MANUSIA:

Sistem pembiakan manusia biasanya melibatkan persenyawaan dalaman oleh hubungan seksual. Dalam proses ini, lelaki memasukkan zakarnya ke dalam faraj wanita dan pemancutan air mani, yang mengandungi sperma. Sebilangan kecil sperma melalui serviks ke dalam rahim, dan kemudian ke dalam tiub Fallopio untuk persenyawaan ovum. Hanya satu sperma yang diperlukan untuk menyuburkan ovum. Apabila persenyawaan yang berjaya, ovum yang disenyawakan, atau zigot, bergerak keluar dari tabung Fallopio dan masuk ke rahim, di mana ia menaruh pada dinding rahim. Ini menandakan permulaan kehamilan, yang lebih dikenali sebagai kehamilan, yang berterusan selama sembilan bulan apabila janin berkembang. Apabila janin telah berkembang ke tahap tertentu, kehamilan diselesaikan dengan melahirkan anak, melibatkan buruh. Semasa buruh, otot-otot kontrak rahim dan serviks membentang selama beberapa jam, dan bayi itu keluar dari vagina. Bayi manusia hampir tidak berdaya dan memerlukan tahap penjagaan ibu bapa yang tinggi. Bayi bergantung kepada penjaga mereka untuk keselesaan, kebersihan, dan makanan. Makanan boleh disediakan melalui penyusuan susu ibu atau susu formula.[1]

Sistem pembiakan wanita mempunyai dua fungsi: untuk menghasilkan sel telur, dan melindungi dan menyuburkan janin sehingga kelahiran. Sistem pembiakan lelaki mempunyai satu fungsi: untuk menghasilkan dan menyimpan sperma. Manusia mempunyai tahap pembezaan seksual yang tinggi. Di samping perbezaan di hampir setiap organ pembiakan, terdapat banyak perbezaan dalam ciri khas seks sekunder.

Dalam menghasilkan zuriat,sesetengah manusia mengalami masalah dalam menghasilkan zuriat.Didalam dunia serba moden in, manusia telah menyediakan pelbagai rawatan dalam menghasilkan zuriat dan antaranya ialah rawatan Bayi Tabung Uji(IN VITRO FERTILITATION).

MAKSUD BAYI TABUNG UIJI
Image result for bayi tabung uji

Bayi Tabung Uji ataupun dalam bahasa saintifiknya IN VITRO FERTILITATION (IVF) merupakan kaedah rawatan dan satu teknologi bantuan yang reproduktif bagi membantu pasangan yang mengalami masalah kesuburan. Proses ini melibatkan persenyawaan ovum atau oosit oleh sperma di luar badan manusia selepas teknik bantuan reproduktif yang lain telah menemui kegagalan.

CARA RAWATAN INI BERFUNGSI
Image result for bayi tabung uji

Proses rawatan bermula dengan merangsang ovari untuk menghasilkan folikel yang banyak. Proses hiperstimulasi ovari ini, adalah bergantung kepada umur, protokol dan dos FSH (follicular stimulating hormone) yang diberikan. Analog FSH yang disuntik akan diperhatikan dan dipantau secara berkala termasuk pemantauan perkembangan folikel sehingga hari ke 10 suntikan.


Suntikan hCG (human chorionic gonadotropin) akan diberi kepada pesakit bagi membantu mematangkan ovum dan diikuti dengan prosedur pengambilan ovum selepas 34 hingga 36 jam hCG telah diberikan. Pengambilan ovum akan dilakukan melalui vagina dengan berpandukan imbasan ultrasound. Cecair folikel akan dipindahkan kepada embriologis bagi mengenalpasti kehadiran oosit.
Sperma akan diproses di dalam makmal sebagai persediaan persenyawaan dengan menyingkirkan cecair seminal dan sel yang tidak aktif.  Sperma dan oosit akan dieramkan bersama selama 1 hingga 4 jam bagi membolehkan persenyawaan berlaku. oosit yang telah bersenyawa akan diperhatikan melalui kehadiran dua pronuklei. Kemudian, embrio akan dipindahkan ke dalam media yang khusus sekurang-kurangnya 48 jam sehingga berkembang menjadi enam hingga lapan sel embrio.  Teknik menyuntik seekor sperma ke dalam oosit (ICSI) akan dilakukan bagi membolehkan persenyawaan berlaku bagi pesakit yang mengalami masalah kekurangan bilangan sperma.   
Perkembangan embrio selepas persenyawaan akan diperhatikan sehingga embrio dimasukkan ke dalam rahim ibu dengan menggunakan kateter halus melalui vagina. Embriologis akan mendokumenkan bilangan sel, perkembangan dan peratusan fragmentasi embrio. Usia dan bilangan embrio yang akan dipindahkan semula ke dalam rahim ibu, bergantung kepada bilangan embrio yang berkualiti, umur pesakit wanita dan pelbagai faktor kesihatan yang lain.
PANDANGAN ISLAM TERHADAP RAWATAN(IVF)
Image result for bayi tabung uji dalam islam
HUKUM
Pelaksanaan bayi tabung dalam pandangan Islam hukumnya mubah (boleh), dengan syarat sperma dan ovum diperoleh dari pasangan suami isteri yang sah kemudian sel hasil pembuahan tersebut dimasukan kembali ke dalam rahim isteri yang sah.


KAEDAH FIQH
Kemudaratan Hendaklah Dihilangkan..
  • Proses bayi tabug uji dibolehkan dalam islam jika sperma dan ovum itu bersumber dari suami isteri yang sah. Dan yang dilarang adalah sperma dan ovum daripada orang lain. Hal ini dilarang kerana akan menimbulkan kemudaratan bagi pasangan suami isteri tersebut di mata agama dan menimbulkan kemudaratan kepada si anak.

عَنْعَائِشَةَرَضِيَاللهُعَنْهَاقَالَتْقَالَرَسُوْلُاللهِصَلَّىاللهُعَلَيْهِوَسَلَّمَإِنَّاللهَفَرَضَفَرَائِضَفَلاَتُضَيِّعُوْهَاوَحَرَّمَأَشْيَاءَفَلاَتَتْهِكُوْهَاوَحَدَّحُدُوْدًافَلاَتَعْتَدُّوْهَاوَسَكَتَعَنْأَشْيَاءَرَحْمَةًلَكُمْغَيْرَنِسْيَانٍ
Artinya:  “Diriwayatkan dari aisyah r.a ia berkata bahwa Rasulullah saw. Bersabda, sesungguhnya Allah telah mewajibkan beberapa kewajiban, maka janganlah kamu sia-siakan. Dan Allah telah mengharamkan beberapa perkara, maka janganlah kamu langgar, dan ia juga telah menetapkan batas-batas, maka janganlah kamu lampaui. Allah juga telah mendiamkan (tidak melarang) beberapa hal sebagai rahmat bagi kamu sekalian

الْحَلاَلُ مَااَحَلَّاللهُفِىكِتَابِهِوَالْحَرَامُمَاحَرَّمَاللهُفِىكِتَابِهِوَمَاسَكَتَعَنْهُفَهُوَمِمَّاعُفِىعَنْهُ

Artinya: “Sesuatu yang halal adalah apa yang dihalalkan Allah dalam kitab-Nya, dan sesuatu yang haram adalah apa yang diharamkan Allah dalam kitab-Nya, sedangkan sesuatu yang didiamkan oleh Allah maka termasuk sesuatu yang dimaafkan”.

الْمَشَقَّةُ تَجْلِبُالْتَيْسِيْرَ
Artinya: ”Kesulitan itu dapat menarik kepada kemudahan

Apabila sperma yang ditabung tersebut milik suami-isteri, tetapi cara mengeluarkannya tidak muhtaram, maka hukumnya juga haram. Mani Muhtaram adalah mani yang keluar / dikeluarkan dengan cara yang tidak dilarang oleh syara '. Berkaitan mani yang dikeluarkan secara muhtaram, para ulama NU mengutip asas undang-undang dari Kifayatul Akhyar II / 113. "Seandainya seorang lelaki berusaha mengeluarkan spermanya (dengan beronani) dengan tangan isterinya, maka hal tersebut diperbolehkan, kerana isteri memang tempat atau wahana yang dibenarkan untuk bersenang-senang."
Apabila mani yang ditabung itu mani suami-isteri yang sah dan cara mengeluarkannya termasuk muhtaram, serta dimasukkan ke dalam rahim isteri sendiri, maka hukum bayi tabung menjadi mubah (boleh).

FATWA
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia yang bersidang kali ke-5 di Bilik Gerakan Negeri Kelantan, Kota Bharu, Kelantan pada 16-17 Nov 1982 telah membincangkan isu Bayi Tabung Uji dan telah bersetuju memutuskan seperti berikut:

  1. Bayi Tabung Uji dari benih suami isteri yang dicantumkan secara "terhormat" adalah sah di sisi Islam. Sebaliknya benih yang diambil dari bukan suami isteri yang sah bayi tabung itu adalah tidak sah.
  2. Bayi yang dilahirkan melalui proses tabung uji, boleh menjadi wali dan berhak menerima harta pusaka dari keluarga yang berhak.
  3. Benih yang dikeluarkan dengan cara yang tidak bertentangan dengan Islam, maka ianya dikira sebagai cara "terhormat".


Rawatan ini akan menjadi HARAM apabila air mani isteri diletakkan dicampur dengan air mani lelaki yang tidak sah ataupun bukan suami asla kepada isteri tersebut.

KEBAIKAN RAWATAN (IVF)
  1. Dapat membantu pasangan yang tidak subur.
  2. Bayi kurang masalah kesihatan.
KEBURUKAN RAWATAN (IVF)
  1. Kecacatan sewaktu kelahiran.
  2. Masalah keguguran tinggi.
KESIMPULAN:

Dalam melahirkan zuriat keturunan,kita sebagai manusia dibenarkan dalam islam untuk melakukan rawatan yang sepatutnya bagi mengembangkan lagi keturunan ADAM berdasarkan hukum-hakam yang ditetapkan oleh syariah dan betepatan dengan ajaran islam yang sewajarnya bagi mengelakkan pelbagai implikasi buruk yang akan berlaku sekiranya kita sebagi umat islam tidak patuh dan taat pada ajaran islam yang ditetapkan,Oleh itu,kita sebagai umat islam dibolehkan melakukan rawatan (IVF) agar dapat menyambung keturunan ADAM.


BIBLIOGRAFI:










No comments:

Post a Comment